Tentang Nirwayar
Nirwayar ialah perkataan Bahasa Melayu untuk wireless โ nir bermaksud "tanpa", wayar anda dah tahu. Nama ini dipilih sebab itulah tema blog ini: dunia yang semakin tak berwayar โ WiFi, fibre, 5G, eSIM, dan semua gajet yang menyambungkan kita.
Masalahnya, kebanyakan maklumat teknologi yang bagus ditulis dalam Bahasa Inggeris, penuh jargon, atau ditulis semata-mata untuk menjual. Nirwayar wujud untuk mengisi ruang itu: penjelasan jujur dalam Bahasa Melayu โ apa yang berbaloi, apa yang gimik, dan macam mana nak selesaikan masalah sendiri tanpa kena tipu.
Apa yang anda boleh jumpa di sini
- Internet & 5G โ banding pakej fibre & telco, faham liputan sebelum langgan.
- WiFi & Router โ lajukan WiFi rumah, pilih router yang betul ikut bajet.
- Gajet โ standard & peranti baru, dinilai dengan berpijak di bumi nyata.
- Panduan โ tutorial langkah demi langkah yang boleh diikuti sesiapa sahaja.
Siapa di sebalik blog ini?
Saya Fariz Izhan โ pengamal pemasaran digital yang dah bertahun bermain dengan website, SEO dan teknologi, dan menulis blog sejak 2007. Projek lain saya: farizizhan.com (blog peribadi), jelajahasia.com (travel Asia) dan waktuberbuka.com (waktu solat & berbuka).
Ada soalan, cadangan topik, atau nak tegur apa-apa? Boleh hubungi saya melalui Instagram @fariz_izhan.